Tuesday, May 5, 2009

Anggota parlimen Ketereh dianugerah Selempang Panglima Hitam


KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Anggota Parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Abdul Kadir dianugerah Selempang Panglima Hitam Harimau Berantai oleh Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Cawangan Kelantan.

Gelaran itu diberi sempena majlis perasmian dan penyampaian anugerah kecemerlangan pelatih di gelanggang Kampung Kadok Dalam, Kadok dekat sini baru-baru ini.

Manakala anugerah Selempang Panglima Hitam Pelangi Cular Sakti diterima Adun Kadok, Haji Azami Mohd Nor.

Jurulatih gelanggang tersebut Wan Abdul Ghani Wan Ismail (Pak Alang), 59 berkata, pada majlis itu juga anaknya Wan Fauzi dianugerah Selempang Pewaris.

Anugerah Selempang Sri Kandi turut diterima seorang lagi anaknya, Wan Faizah.

Selain itu seramai lapan pelatih menerima Selempang Khalifah Muda. Pada majlis tersebut turut diadakan majlis penyampaian sijil, tali pinggang (putih, hijau, merah, kuning dan hitam) dan selempang kepada anak-anak gayung dan jurulatih.Image

"Pelatih seramai 200 orang terdiri dari ahli persatuan dan dari kalangan pelajar sekolah," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menurutnya Gelanggang Kampung Kadok Dalam ditubuhkan sejak 1978 dan bilangan anak murid sekarang seramai 2,000 orang.�

Kata beliau sebahagian mereka yang terlatih kini mengembangkan ilmu seni silat itu kepada masyarakat di seluruh Malaysia.

Beliau juga berkata, pihaknya menerima pelbagai jemputan bagi mengadakan pertunjukan termasuk dari Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Menerusi aktiviti ilmu persilatan ia boleh mencegah remaja dari melakukan perbuatan yang dilarang agama dan dapat mengisi masa dengan kegiatan lebih berfaedah.

Image "Oleh itu kerajaan seharusnya mengambil peranan proaktif termasuk memberi apa-apa rangsangan dan insentif bagi mengembangkan lagi ilmu persilatan," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Aziz berharap ilmu persilatan warisan Melayu itu perlu dipelihara dan dikembangkan di kalangan generasi muda.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Cawangan Kelantan, Dato' Mohammad Agos Mohd Noor. - mj � _

Sumber:http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020548&Itemid=96


By: SyahiranMuhd

Negaraku

Waktu Solat

Waktu Solat Malaysia
Isnin
4 Mei 2009
9 Jamadil Awal 1430
Kelantan Zon 1 - Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas, Kuala Krai
[ Tukar Kawasan ]
Imsak :
05:31
Subuh :
05:41
Syuruk :
06:59
Zohor :
13:10
Asar :
16:29
Magrib :
19:16
Isyak :
20:28
Powered By :
WaktuSolat.net
Kalender Majlis Ilmu

Akhbar Online

 

Copyright 2009 All Rights Reserved Desinged by Syahiranmuhd Converted into Blogger Template by Bloganol dot com